Tuan tanah sering bertanya admin “proses pecah sempadan ada syarat-syarat dia ke”?
Bagi proses pecah sempadan akan ada syarat-syarat tertentu.
Okay disini admin akan terangkan syarat- syarat untuk proses pecah sempadan.
===========================================
SYARAT PECAH SEMPADAN & PECAH BAHAGIAN TANAH.
Tanah boleh dipecah sempadan sekiranya:-
a) Tidak ada sekatan di atas tanah berkenaan untuk menghalang pecahan tersebut.
b) Keperluan undang-undang lain yang menghalang pecahan tersebut umpamanya Akta Berkelompok Beramai-ramai 1956 yang menghalang pecahan satu-satu tanah.
c) Ada kelulusan daripada Pihak Berkuasa tertentu umpamanya Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.
d) Persetujuan daripada Pihak Berkuasa tertentu umpamanya kelulusan Lembaga Pecahan Tanah Ladang.
e) Hasil Tanah semasa telah dijelaskan.
f) Persetujuan pihak lain yang mempunyai kepentingan di atas tanah misalnya pemegang gadai, pemajak dan sebagainya.
g) Keluasan minima bagi pecahan itu kurang daripada 1/2 ekar tanah pertanian hendaklah diubah syarat tanah berkenaan menjadi tanah bangunan.
h) Bentuk petak pecahan bersesuian dengan kegunaan tanah.
i) Ada jalan keluar masuk menuju ke petak pecahan.
URUSAN TANAH BELUM SELESAI LAGI ? KAMI WIRA SURVEY CONSULTANTS SDN. BHD. MAMPU MEMBANTU TUAN TANAH UNTUK SELESAIKAN MASALAH TANAH TUAN/PUAN.
📞📞 HUBUNGI KAMI UNTUK QUOTATION PERCUMA BAGI PENYELESAIAN TANAH TUAN/PUAN.
☏ Sila HUBUNGI KAMI – Telefon/Whatsapp:
Office = ☎09-747 1143
NAK LAGI SENANG BERURUSAN, TEKAN JE LINK KT BAWAH NI👇👇👇
www.wasap.my/+60179001347/Wirasurvey
Lokasi Office, Klik Di Sini –>http://bit.ly/locationwirasurvey

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *